Teknologi Maklumat & Komunikasi

Modul Microsoft Word

Microsoft Word adalah sebuah pakej perisian pemprosesan perkataan yang lengkap dengan kemudahan dalam menghasilkan elemen-elemen teks yang berkualiti. Perisian ini turut membenarkan elemen-elemen sokongan lain dimuatkan ke dalamnya untuk membolehkan sebuah dokumen yang lebih menarik, tersusun rapi dan sistematik dihasilkan. Ia merupakan antara perisian pemproses perkataan utama yang menggabungkan pelbagai kemudahan penyuntingan, penetapan reka letak, percetakan dan penyebaran yang menyeluruh serta mudah untuk digunakan.

Dalam modul ini akan diterangkan bagaimana penggunaan jadual, mail merge dan juga buku elektronik dalam Microsoft Word.

Memulakan Microsoft Word

1. Mulakan persekitaran Windows XP komputer anda.

2. Klik pada Start pada paparan Windows utama.

3. Pilih dan klik pada All Programs > Microsoft Office > Microsoft Word.

4. Microsoft Word akan dipaparkan seperti berikut,